November 7, 2009

Piala Malaysia: Negeri Sembilan VS Kelantan

VS


Piala Malaysia 2009 bakal menemukan Negeri Sembilan dan Kelantan
pasti ramai penyokong Negeri Sembilan dan Kelantan tak sabar untuk menyaksikan perlawanan ini
Sebagai anak jati N9, Fird bangga N9 mampu ke peringkat akhir
ini merupakan satu pencapaian yang baik...
dan tak sabar melihat pasangan KEMBAR beraksi...
ZAQUAN ADHA dan AIDIL ZAFUAN
fird juga takkan terlepas peluang untuk menyaksikan perlawanan ini hanya di TV yer...

Media Malaysia meramalkan Kelantan bakal menJUARAi Piala Malaysia
dengan menganggap Negeri Sembilan sekadar pasukan UNDERDOG untuk pertandingan akhir ini....
tapi tidak mengapa, Fird tetap mendoakan yang TERBAIK buat N9...
Buat yang terBAIK pasukan bola Negeriku....

cumanya nak ingatkan pada pemain BOLA Kelantan...
Sila MATANG yer...
tak nak tragedi 4 April 2009...
HALIM NAPI.....penjaga gol KELANTAN....
kalo kalah nanti jangan main PUKUL je pasangan KEMBAR tu yerr...
dah KALAH buat cara KALAH...
gentleman!!!!
buat penyokong kedua-dua negeri...
jangan OVER...
kalo KALAH ke MENANG...
hadapi dengan SENYUMAN...
tak nak gaduh2 k...
kita dah BESAR...buat CARA orang BESAR...

p/s:pandai fird bagi nasihat...nasihat diri sendiri dulu....kahkahakah

November 6, 2009

~aku NAK kaya, BILA mahu KAYA raya nie????~



Bila aku nak KAYA RAYA nie...
Bila, bila, bila???

tak sabar nak ada macam-macam...
taklah aku tengok je kekayaan orangkan...
sampai bila aku nak tenggek kat mak bapak aku kan...

bila rexki aku akan TIBA????

p/s: macamana nak KAYA?cadangan?



November 5, 2009

~YA!!!Saya KUAT Cemburu dan Saya KUAT xxx~

Tengok kening Fird...
bercantumkan???

baru je tadi seorang kenalan baru dari YM
menegur tentang KENING Fird....

katanya:

"Kening berCANTUM, kesian kekasih u nanti, KUAT Cemburu!"

aku jawab:

"Ya!!Saya KUAT Cemburu dan Saya KUAT xxx juga, kesiankan DIA"

dia terus DIAM dan kami tidak berCHATING lagi...

p/s:memang itu kebenarannya, aku hanya katakan yang benar, benar belaka.....

~kau telah banyak BERUBAH~

Semalam temanku berkata:

"Kau sudah BERUBAH"

aku:

"BERUBAH?"

dia berkata lagi:

"Kau telah banyak BERUBAH"

aku tidak meneruskan pertanyaan
hanya DIAM dan BERFIKIR
apakah yang cuba disampaikan?

aku pun tak tahu
maksudnya NEGATIF atau POSITIF
pasrah!



p/s:kata nabil:Lu PIKIR la sendiri kann....

November 4, 2009

~MANA perginya blog kesahdunialelaki.blogspot.com~


Saya mencari rakan empunya blog
kesahdunialelaki.blogspot.com

kabarnya blog ini tidak akan di update lagi
dan digantikan dengan blog yang baru...
last updatenya tiga hari yang lepas...
dia ada memberikan alamat blog yang baru disiarkan dalam blog lama...
tapi blog lama ini dah tak dapat nak bukak lagi...
sedih wooo.....

siapa tahu blog barunya sila beritahu saya ye...
sebabnya saya sangat suka membaca blog penulis blog ini....
please please please.....

p/s:siapa2 yang tahu...tolong bagitahu link terbaru blog dia erhh...thnx....

~BERPISAH JUA kerana KESILAPANku KEEGOAANmu~

Semalam KARAOKE lagi...
Konsep hidupku...seminggu sekali WAJIB karaoke...
Untuk menyumbang beberapa lagu dengan penuh keSUMBANGan...
walau pada zahirnya....fird rasa macam SEDAP...
kahkahkahkah...

Semalam bila WAN nyanyi lagu BERPISAH JUA dari kak ZIANA...
wah, tersentuh ok...sehinggakan menitis air MATA yer...
tibe teringat qesah chinta lama antara saya dan DIA...

KECEWA...TERKILAN AKU...BERPISAH JUA....ooo oooo oooo.....

ya RABBI ya tuhan...
napalah wajah dia yang aku nampak SEMALAM...
rindu tak TERTANGGUNG...

akhir karaoke aku SUMBANGkan pulak lagu KAK SITI
~Kesilapanku Keegoaanmu~

suasana SEPI kini menambahkan HENING di dalam hatiku,
mengadil SIKAPmu, biar di jiwamu kutelah TIADA...
di waktu begini diUSIK kenangan silam yang bertandang
lalu kubiarkan, ia menabahkan HATI ini...

semasa balik ke UM...
dalam LRT...
titisan terakhir air mata ku mengalir DERAS...
aku biarkan...aku mahu rasakan kepuasan rasa SEDIH dan PILU
mesti orang ingat aku GILAkan sebab melalak dalam LRT...
kahkahkahkahkah....

p/s:kadang2 kita harus sedih bila kita selalu suka....
aku tahu dia tahu siapa dirinya...aku sedih tak bersamanya lagi...sungguh!!!!

November 3, 2009

~Cinta IBARAT kentut~


cinta IBARAT kentut????
APAKAH????

seorang TEMAN Fird menasihatkan Fird mengenai CINTA...
apa yang menariknya di akhir perbualan kami...
dia memberikan NASIHAT dengan MUKA yang agak TOYA..
dan kata-katanya membuatkan Fird terKEDU....

"Fird, CINTA itu IBARAT kentut, kalo ko tahan je, ko SAKIT. kalo ko lepaskan, ko MALU"

sampai hari ni Fird masih LAMPI...
masih tak faham apa yang dia cuba sampaikan.....
makanya apa pendapat korunk???
boleh bantuin aku nggak???

p/s: Bukankah Cinta itu membenarkan diri kita untuk disakiti dan disayangi???makanya Jangan Bermain CINTA kalo kita suka menyakiti dan susah untuk menyayangi......

November 2, 2009

~Anita TERSINGKIR~

Anita dan pasangannya Ismadi telah pun menjadi peserta pertama tersingkir
dalam SEHATI BERDANSA musim ini....

Secara jujurnya, fird kurang minat melihat mereka menari di lantai dansa..
tapi sebenarnya mereka masih layak dan berpeluang untuk bertanding untuk minggu ke3
kerana persembahan tarian ala disko tersebut tidaklah menghampakan.....

namun kita perlu akur kerana ini rancangan REALITI
yang memerlukan undian daripada peminat....
makanya mereka tercorot disamping pasangan ISMA dan ZUL....

apapun Fird sangat teruja melihat pasangan Sazzy dan Nazril tidak menghampakan....
pasangan Sein dan Nana sperti tidak bersemangat bila menari, nampak sedikit menurun prestasi Sein, Dira dan Ash bagi Fird best tapi mungkin banyak ruang yang boleh isi dan mantapkan....persembahan yang selamat aja....
ketiga2 pasangan nie memang fird suka nak tengok....
tapi ada satu pasangan yang mencuit hati fird untuk tengok...
Pasangan Didie dan Sham....
mereka sangat SWEET....heheh....

p/s:gud luck untuk pasangan yang fird suka nak tengok nie...minggu depan buat yang terbaik lagi k.....