Tahun ini, Fird beraya di Melaka seperti biasa. Keseronokannya kurang dirasai, mungkin kerana sudah dewasa. Namun, kegembiraan tetap ada pada setiap ruang bila berjumpa dengan sanak saudara. Gosip, Umpatan dan Gelak Tawa mengisi program kami di hari raya. Kalo cerita pasal makanan, naik kembong perut kami semua, ada saja juadah raya yang terhidang. Rasa kepenuhan teramat sangat. Apa yang penting, tahun ni fird masih menerima duit raya, gembira tak terhingga. Ingat bila dah tua kuranglah dapat atau tak dapat langsung tapi lagi banyak pulak. Yang penting tunjuk KAD MATRIK, makanya dapatlah duit raya.
Apapun, syukur ALHAMDULILLAH kerana Fird masih lagi boleh beraya dengan keadaan yang serba sempurna.
Selamat Hari Raya ye...
jangan lupa Puasa Enam...
~Keluarga Aminah Nur~