August 28, 2009

~Sambutan Seminggu Ramadhan~


Sambutan Ramadhan tahun tidak dirasai sangat olehku...

Bukan maksudnya Fird tidak bersyukur kerana memperolehi kesempatan untuk berpuasa pada kali ini...

Fird rasa nikmat berpuasa, tidak letih walaupun sering tidak sihat..


Hari pertama, Fird membotakkan kepala untuk membayar nazar dan juga untuk menyambut kedatangan Ramadhan...

Pada tahun ini amat berlainan rasanya...

Fird hanya ambil dua kali nasi sahaja untuk tempoh enam hari berpuasa...

Fird sangat sederhana ketika berbuka mahupun bersahur...


Adakalanya, Fird hanya berbuka dengan kebab, murtabak, laksa, mee kari atau kuih muih sahaja...

Sama sahaja situasinya bila Fird di rumah mahupun di Uni...

di rumah, fird hanya sentuh lauk sahaja...

Bukan niat untuk diet...sebaliknya Fird tidak mempunyai nafsu yang banyak untuk makan...

Malah, fird akan rasa sakit bila masukkan makanan...

Keseronokan berbuka dan bersahur juga kurang pada tahun ini...


Hari pertama (Sabtu), Fird hanya bersahur seorang diri dengan masalah yang membelenggu, batuk sangat kuat...tetapi Fird gagahkan diri balik walaupun sakit untuk berbuka di rumah...balik rumah, kami mempunyai masalah keluarga yang agak besar...kesian pada Mama dan Abah, harap mereka lebih tabah. tiada apa yang fird mampu buat...hanya berdoa untuk mereka...


Hari kedua (Ahad), Fird bersahur dan berbuka di rumah. Pagi sahur hanya makan laksa sahaja. Petang Fird keluar bersama Khai dan juga Frid. Kami mula berteman melalui seorang teman dan akhirnya kami sangat rapat dalam dunia alam maya(Facebook dan Blog). fird beli muratbak pesanan Abah. Tapi Fird berbuka dengan seketul ayam KFC sahaja...muratabk, sikit je ambik yang lain bagi orang lain makan jugak...


Hari ketiga (Isnin), Fird baru rasa nasi setelah seminggu tanpa nasi...sebabnya ada lauk sotong...fuyoo...sedap sangat pagi tue...petang Fird ke bazaar TTDI...fird beli kebab...kebab tue heaven sangat...sedap....


Hari keempat (Selasa), Fird terlajak sahur!bangun kul 8pagi...petangnya pulak fird membeli makanan di bazaar Bangsar. berbuka kali ini ditemani ADA, KAMA, ISTA dan ZIZI di makmal. Kali nie ADA suh Fird makan nasi sebabnya Fird sangat sakit perut sangat dari pagi. Gastrikla apa lagi penyakit Fird nie kan. Jadi fird beli nasi lomak...bolehla...tapi nasinya bodorai...tak sodap sangatla...


Hari kelima (Rabu), pagi nie Fird gi sahur kat Ali cafe. Pagi nie batuk teruk sangat. Sampai ISTA tutup hidung dalam perjalanan. Makan Mee Goreng dan Tea!fird nak ke bazaar bangsar, tapi hujan lebat, jalan jammed. makany fird dan rakan-rakan ke Garden untuk makan. kali nie fird makan Mee Kari yang sangat SODAP hingga terjilat mangkuk...hahah....


Hari keenam (Khamis), pagi nie fird sahur sorang-sorang lagi dengan mee hoon sahaja. Petangnya fird janji ngan kawan nak buka sekali di KLCC. Tapi dia batalkan last minute. fird tak prepare apa-apa untuk berbuka...jadi beli murtabak dan makan murtabak sahaja...


Hari ketujuh (Jumaat), kami ke Ali cafe lai...menu yang sama Mee Goreng dan Tea!Memang tak da selera lain ke Fird!huhu...tapi petang nie Fird tiada plan...mungkin sama je seperti hari2 yang lalu...


Sungguh membosankan, tekak sakit!batuk kuat!perut sakit!hati pun sakit gak!!!


p/s: Hope Tujuh Minggu yang mendatang, memberikan keseronokan untuk fird.....

August 26, 2009

FIRD abang BOTAK~~~

Fird dah jadi ABANG BOTAK....
BOTAK licin taw...
hhahahhahah....
bayar nazar....
rasa dah ada di dunia yang BARU....