July 11, 2009

beronggengan di JALAN TAR~~~

~Kama, Nora, Phyu n ADA~
~~Fird, Nora, Phyu n ADA~~

Hari Selasa lepas, Fird bawak kawan makmal ngan Phyu (Classmate kiteorg,org burmese) untuk rayau-rayau kat sekitar masjid india di jalan TAR....saja bawak Phyu tempat nie...saje nak kenalkan dia dengan kawasan jalan TAR nie...tujuan asal ke sini untuk beli belah pakaian, tudung untuk ke majlis perkahwinan kak SYU hari sabtu depan kat melaka...Phyu nak beli kebaya tapi akhirnya duitnya dihabiskan untuk shoping kat SOGO...kama, ada ngan nora pulak beli tudung lilit melilit sampai naik takut tengok diaorg lilit kepala hingga terkuncup kepalo meke tue...tapi aku pulan dengan tangan kosong...hanya beli stok makanan untuk bilik je....
apapun best bawak budak myammar nie jalan...Sabtu nie kami akan bawak dia ke melaka...nak bawak dia mengenali sejarah Melaka...chewahhh...

p/s:tapi jangan lupa duit minyak ngan tol tau.....sengkek aku nanti!!!!


airmataku berjuraian.....


tiada jawapan kukuh mengapakah Fird menangis...
mungkin semalam terlalu ceria dan gembira...
tapi hari ini berjuraian AIRMATA...
Fird gusar, risau, takut dan pelbagai perasaan yang meruntun hati Fird...
namun sebaliknya Fird mengerti bahawa Fird takut dengan bayang-bayang sendiri...
Fird!!!!hadapilah ia dengan tenang wahai Firdhaikal Chinta Illahi...

July 9, 2009

internet di Uni Malaya Sudah Bernyawa~~


Alhamdulillah, WiFi di Uni Malaya sudah bernyawa kembali. sedeih jugaklah..hampir tiga hari hidup tanpa internet, facebook, blogku, farm town, ym, tagged dan semestinya youtube...Fird nie dahla suka duduk ontok-ontok kat bilik sambil melayari internet...tapi tiga hari yang lepas rasa kosongnya diriku ini....tapi hari ni bangun je pagi...laptop dah dapat signal wifi....seronok gila!!!nie semua gara2 "black out" masa hari Jumaat yan lepas...mula2 internet jadi sangatla slow...tapi skang dah ok...yang penting FARM aku mula berfungsi semula!!!hahahahaah...

p/s:team sedut!!!!!!aku sudah level 25...ladang aku dah sangat besauu...tau!!!!datang2la...

July 5, 2009

Fird Mencari Chenta~~~

Fird mencari CHENTA….

Setengah tahun 2009 telah berlalu….

Antara azam Fird adalah untuk mendapatkan CHENTA….

Tapi Fird belum temui CHENTA itu….

Orang kata jangan mencari!!!katanya CHENTA akan datang sendiri….

Tapi sampai bila nak tunggu CHENTA…

Sebabnya tak datang-datang pun CHENTA tersebut….

Banyak kali mencuba, tapi tak pernah CHENTA melekat….

Yang Fird CHENTA, Fird pulak bertepuk sebelah tangan….

Yang Fird tak CHENTA, datang menyerah diri tapi bermasalah perilaku diri….

Kawan Fird cakap:”Kau terlalu memilih CHENTA!!!”….

Bukan CHENTA itu perlu kita pilih yang secocok….itu jawapan Fird….

Mungkin belum ada jodoh Fird dengan CHENTA….

Mungkin usia Fird terlalu muda untuk berCHENTA….

Mungkin Fird memang ditakdirkan tidak berCHENTA….

Pasrah je larh dengan CHENTA….


p/s:pesan kawan fird:"Fird, chenta tidak semestinya memiliki tetapi jika chenta itu bisa saja kau miliki, jangan pula kau biarkan ia pergi"......OH! chenta!! kemari padaku...aku memerlukanmu....macam desperate pulak BUNYINYA...tapi sebenarnya bukan desperate cuma perlukan chenta BAGI mengisi ruang hati saya ang kosong ini...



DAP keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah....

Cuba tengok gambar atas ni, layanan adil kepada semua kaum. tapi kesian wakil DAP di Keah dketepikan peranannya.

Kemelut di Kedah….

Kemelut politik di Kedah semakin meruncing. Sebelum ini kita dipanaskan dengan kekecohan peralihan kuasa kepada pucuk pimpinan barisan Nasional di Perak selepas 3 wakil rakyat PKR isytihar keluar dari Pakatan Rakyat. Adakah peralihan kuasa akan juga berlaku di Kedah???Atau adakah akan ada isu yang melibatkan lagi kuasa tertinggi kepimpinan???Apakah ini yang digelar pakatan rakyat sedangkan tidak wujud kesepakatan???Apakah ini kepimpinan yang dipilih oleh rakyat pada pilihanraya yang lepas???sedih Fird melihatkannya!!!!

Maka Fird terpanggil untuk memberi sedikit ulasan mengenai isu ni selepas Fird menonton berita perdana tv1 pada hari Jumaat yang lepas. Fird bukanlah arif mengenai politik tetapi ingin berkongsi pendapat seorang anak muda yang menyokong penuh kepimpinan dahulu, kini dan selamanya!!!!

Fird sebenarnya tertarik dengan isu dimana keputusan DAP Kedah yang ingin keluar daripada Pakatan Rakyat negeri itu . Salah satu puncanya adalah apabila kerajan Pas merobohkan pusat penyembelihan babi di Kedah. Malahan mereka kecewa apabila parti berteraskan Islam itu mengenepikan peranan mereka dalam pentadbiran kerajaan negeri. Dengar kata-kata orang, wakil rakyat PKR pun tidak setuju dengan crak kepimpinan PAS.

Tetapi apabila kita amati kembali peristiwa ini, Fird teringat pula dengan cita-cita Anwar Ibahim untuk mentadbir Malaysia. Dahulu beliau bangga bahawa aka nada wakil rakyat Barisan Nasional yang akan keluar parti. Namun, sehingga kini tiada seorang pun wakil rakyat dari kerajaan sekarang yang lompat parti. Sedangkan parti beliau sendiri tidak setia denga n kepimpinannya. Kini, isu nya berbeza. Namun ia melibatkan pengumuman keluar dari Pakatan Rakyat Negeri itu. Maka, apakah Anwar Ibrahim berjaya untuk mentadbir Malaysia dengan jayanya. Fird rasa tidak mungkin sama sekali.

Fird yakin dan percaya, bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus unggul dalam kepimpinannya. Selepas merdeka dan sehingga kini mereka berjaya membentuk dan mencorakkan kepimpinan Malaysia kearah kemajuan dari sudut sosia, ekonomi, politik dan sebagainya. Jadi Fird rasa kita sebagai rakyat harus menilai baik dan buruk, kaca dan permata, putih dan hitam, bersih dan kotor, dan sebagainya. Namun begitu, Fird tahu masih ada kelemaha dan kekurangan yang terdapat dalam Barisan Nasional. Oleh itu, gagasan “Satu Malaysia” adalah satu langkah tepat untuk menggabungkan rakyat Malaysia untuk bersatu menjamin keamanan, kemajuan dankemasyhuran Malaysia untuk terus unggul di persada antarabangsa.

p/s:Kita amati dengan teliti adakah Pakatan Rakyat yang penuh dengan cita-cita menjadi pucuk pimpinan Negara sedangkan tindakannya sehingga kini belum jelas akan menjadi pilihan kita untuk menerajui Negara???sama-samalah kita fikirkan.

Kata-kata: kuman seberang laut kita Nampak, gajah depan mata kita buat tak tahu je???


adikku Jimmy akhirnya di UiTM Dungun


Ucapan tahniah buat adikku JIMMY

Kali ini entry nie khas buat adik kandung Fird yang bernama

MOHD NAJMI SYAQIR BIN ARHAM @K@ Jimmy

kerana telah menyambungkan pengajiannya di Uitm Dungun dalam jurusan Pra Perdagangan. Menangis jugakla mamat stylo nie sebab kena berjauhan dengan mama dan abah Fird. Nie baru pertama kali adik berhijrah jauh dari ketiak mama dan abah…oppsss….

Jimmy sebenarnya dapat banyak jugak tawaran berbanding Fird selepas SPM dulu…selain UITM, Jimmy dapat Politeknik Port Dickson untuk diploma bidang seni bina dan UTM dalam bidang apa entah…minggu lepas mama suh Fird balik umah untuk pujuk adik masuk Uitm. Jimmy selalunya akan dengar cakap Fird. Jadi Fird cadangkan Jimmy masuk 2minggu je sana. Tapi akhirnya Jimmy hars selesaikan pengajiannya di sana atas kehendak ramai. Fird sebenarnya tak nak Jimmy jadi macam Fird…..Fird tak suka bidang nie, Fird dapat buat undang-undang di Jordan. Tapi tiada siapa yang beri Fird meneruskan cita-cita. Akhirnya Fird dalam bidang “Biologi” juga akhirnya….

Sebenarnya Jimmy tak nak ke UITM. Antara sebabnya, UITM Dungun tue jauh. Tapi itu bukanlah sebab utama. Sebab utamanya Perdagangan bukanlah kos yang Jimmy suka, malahan Jimmy dapat jurusan ini pun atas kesungguhan uncle kami yang memasukkan namanya dengan guna “orang dalam”. Perkara itulah yang menyebabkan Jimmy kurang selesa. Malah mama seperti serba salah pada uncle kami yang dah bantu Jimmy untuk dapat masuk UITM. Sedangkan Jimmy nak sangat ambil jurusan Seni Bina. Katanya ingin menjadi seorang arkitek. Tetapi tersepit dek kehendak mama, angah, abah dan uncle kami, Jimmy terpaksa turutkan…..tadipun Jimmy kol dalam nada suara yang agak sedeyhh…walaupun dia keras orangnya tapi lembut juga hatinya……

Semalam mama bagi mesej tiga mukasurat!!mama suruh Fird jangan hasut adik untuk tidak meneruskan pengajiannya. Mama juga nak fird bagi semangat kat adik. Sebab mama tahu adik tak nak masuk UITM sebab Fird yang tak kasi. Bukannya fird tak suka UITM, tapi Fird nak adik buat apa yang dia minati. Angah seperti tak sokong apa yang Fird cakapkan pada adik. Semuanya, seolah-olah nak menjaga hati orang lain yang dah bantu Jimmy masuk UITM. Fird tak kesah, tapi Fird kesian kat Jimmy!!!Tadi pun Fird cakap elok-elok ngan Jimmy. Bagi kata semangat seperti mana yang mama minta. Fird cakap mungkin ada hikmahnya kita mengikut kata orang tua kita. Berkorbanlah untuk masa depan kita, moga ada peluang yang cerah untuk kita….itulah Fird sampaikan pada Jimmy. Fird tahu, fird berjaya sampai master ni pun atas laluan yang diaturkan dan atas kehendak mama dan abah. Alhamdulillah, Fird Berjaya. Tapi Fird berjaya pada apa yang Fird tak minat. Apapun fird tetap bersyukur sebab kini Fird ada degree dan akan ada master pulak lepas ni. Mungkin ini hikmahnya!!!Fird harap begitu juga dengan Jimmy.

p/s: adik Jimmy, selamat menempuhi alam pengajian di universiti..chaiyok2...jangan menyerah…teruskan pengajian, buat yang terbaik untuk diri adik bukan untuk orang lain….tahniah…Fifi doakan adik Berjaya di sana.