September 9, 2009

~5 Sebab Untuk Melupakan Chinta~

1) CHINTANYA TIADA UNTUK FIRD
Fird tak tahu samada Chinta Fird betul-betul Chinta atau tidak pada Fird. Mungkin perasaannya hanya sayang sebagai teman semata-mata. Mungkin hatinya melayang hanya untuk mereka yang dia Chinta. Makanya Fird harus biarkan Chinta itu melayang meninggalkan Fird. Walaupun sukar untuk melepaskan Chinta, namun Chinta itu tetap akan melayang juga. 2) CHINTA FIRD SEMAKIN JAUH
Fird dapat rasakan dia yang Fird Chinta semakin menjauh. Seumpama gumpalan awan di langit biru yang sukar untuk digapai oleh tangan. Terlalu sukar untuk Fird dapatkan Chintanya yang begitu tinggi nilainya. Jauh, tidak mudah untuk dekat pada hati. Hanya memandang Chinta dari jauh tapi tak bisa dimiliki. Maka, lupakan saja Chinta itu.
3) CHINTANYA TIADA PELUANG UNTUK FIRD
Chinta Fird bak ombak yang menghempas pantai. Bisa saja tulisan Chinta atas pasir persisiran panti bakal hilang bila dipukul air ombak. Bukan minta untuk dihargai perasaan Chinta ini tapi tiada peluang untuk membuktikan Fird Chintakan dia. Makanya, biar saja Chinta padam dari jiwa.
4) FIRD SAKIT KERANA CHINTA
Sakit kerana panahan asmara Chinta. Makanya Fird mahu padamkan segala derita kerna Chinta. Melupakan. Fird tidak mahu mendambakan Chinta kerana peritnya masih terasa. Baik saja berikan Chinta pada yang sudi.5) CHINTANYA BANYAK PILIHAN
Chintanya banyak. Ramai saja yang Chintakan dia. Banyak pilihan. Maka, Fird bukanlah yang terbaik. Pilih saja Chinta yang banyak itu untukmu. Mungkin Chinta yang dia pilih tidak akan membunuhnya.





p/s: lupakan Chinta jalan terbaik untuk Fird...kerana Fird mahu jaga Chinta untuk mereka yang ingin menjaga Chinta Fird....

September 8, 2009

~Just Closing My Eyes~

Aku tutup mata penglihatanku
Tutup tanpa luka
Tutup tanpa rasa
Tutup tanpa jiwa
Aku harapkan
Pabila esok hari aku bulatkan mata
Tiada lagi wajah dia
Tiada lagi
dan tiada lagi
Namun masih rindu di penjuru sepi...

September 7, 2009

MALAYSIA SATU~FAIZAL TAHIR

Tahniah buat Audi Mok dan Nurfatima
kerana hasil kerja mereka telah BERJAYA
menjadi lagu tema 1Malaysia
dengan mempertaruhkan Faizal Tahir untuk menyanyikan lagu yang bertajuk
MALAYSIA SATU
Syabas dan Tahniah!!!
Lirik MALAYSIA SATU

Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

Kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia,
kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang,
kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan..

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

.::Hasil Seni Tangkapanku::.











Fird taklah pandai sangat...
tapi puas hati bila dapat melihat hasil kerja sendiri...
dan Fird akan jadikan ini sbagai serius...
Fird akan belajar lagi supaya lebi bagus dari hasil-hasil sebelum nie...

September 6, 2009

Jumaat:Bad Day untukku!!!

JUMAAT: Hari yang sangat TIDAK menggembirakan...
Semua rancangan tidak menjadi...
Keta kena langgar...
Tayar keta pancit...kompis habis...
Musiba yang tak sudah-sudah ke atas keluarga Fird...
macam-macamla....
aduyai!!!dugaan!!!