August 13, 2009

Gila Down!!!

Hari nie kul 6.20petang fird balik ke bilik...
kerja yang dilakukan di makmal masih gagal untuk dilakukan...
memang sangat down gila...
kul 8malam nanti bertapa semula di makmal...
gel sds page yang fird nak wat gagal lagi untuk dibuat...
jadi malam nie usaha lagi...
balik lewatla malam nie...
sangat-sangat down!!!
penat semalam tak sudah,tambah lagi penat untuk hari ini...

fird cuba menghubungi org yang selalu fird hubungi...
tapi taliannya hanya sunyi sepi!!!
kononnya nak kongsi derita...tapi hampa...

tambah lagila down fird...
sepanjang seminggu nie hp fird bagai tak bernyawa...
orang yang selalu fird mesej dan bercakap macam dah tak wujud...
tak tahu kenapa dan mengapa...
bukan apa fird jarang mesej orang lain selain dia...
tapi fird macam terkonteng-konteng...
macam bola kat tengah padang yang kosong...
sedih!!!


Jam 2pagi fird pulang ke bilik...
merehatkan diri...pulang dengan kepenatan dan kedukaan...
penat yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan dari orang-orang yang disayangi...
tiba-tiba ingat kat mama,abah,adik,dia....


p/s:thnx kat kama, ada dan nora....kawan dunia akhirat!!!!insyaAllah kita berjaya k...

Kejayaan vs Kegagalan


Orang pelik melihat cara hidupku. Hari-hari hidupku bertambah bosan dengan hanya bergelumang dengan radas, bikar, bahan kimia dan bahan yang menghakis dan terhakis. Seharian sisa masaku, aku habiskan di dalam makmal yang menjadi sebahagian dari kotak kehidupanku.

Mamaku sering bertanya, namun setiap jawapan tidak akan ada yang difahami. Aku terang satu persatu, tetap sukar untuk dijelaskan. Aku hanya biarkan menjadi tanda soal. Apa yang kupinta hanyalah restu orang tuaku.


Aku hanyalah seorang anak muda yang terjebak dalam dunia yang penuh cabaran. Itulah dunia seorang SAINTIS yang berkait dengan pelbagai kegagalan dalam eksperimen yang dijalankan. aku gembira bila keputusannya membanggakan. namun bila gagal itu tiba, aku cuba untuk tidak bersedih. Mencuba dan terus mencuba. Walau jauh di sudut hati, aku benci semua ini berlaku. Pilu rasa jiwaku ini.

Kini aku tahu, aku perlu teruskan walau ak tak suka. Sebab ini pilihan aku sendiri. Kalau gagal aku wajib bangun. Kalau berjaya aku terus kena bersyukur buat yang maha ESA...Maka aku sendiri perlu tentukan.

August 12, 2009

Qesah CHINTA Semalam


Semalam, aku berhenti berharap. Jiwa aku kosong tak terisi. Kononnya, Chinta telah pergi.

Tapi kini Chinta semalam datang lagi. Semakin aku lari, semakin hati aku mendekati. Semakin melupakan, semakin jiwa aku menyayangi.

Mungkin dia atau mereka kata Chinta semalam hanya ilusi. Permainan ilusi yang sepi. Sepi buat hati yang sunyi. Mainan hati yang tak mengerti...


Aku merintih dan mengadu pada teman sejati. Sedih melihat keluhan hati ini. Seraya berkata:

Kau pasti Chinta itu asli!
kau terlalu memberi...
Beri pada yang kurang sudi
Sedang dia tak mengerti hati mu suci

Adakah dia mengerti???

Pandanganku sunyi. Bersendiri memikirkan Chinta ini. Masih memikirkan kata-kata tadi. Namun aku tahu, masih ada harapan buat ku Si penChinta!!! Mungkin dia perlukan masa. Masa untuk bersama, berdua dan berChinta!!!


nukilan rabu, 12 Ogos 2009

p/s: Fird tak tahu lah ni puisi ke?pantun ke?sajak ke?yang pasti ini hanya epilog chinta yang datang dari hati..tak mengerti mengapa jari jemari ini pantas menaip laju tentang ini. Hanya berkarya, menulis apa yang terlintas di benak otak kecilku ini....



~blog fird dalam proses kemaskini~

KEMASKINI
p/s:kalo ada idea untuk mencantikkan blog ni kongsilah ngan fird k.....thnx!!!

August 10, 2009

my NORMAL life....

Rasanya sudah tibe masanya satu perubahan untuk diri Fird...
Fird perlukan kekuatan ini untuk kembali kepada dunia asal Fird...
Bukan Fird maksudkan Fird ada dunia baru sebelum nie...
Cuma Fird nak lebih fokus pada karier dan akademik Fird...
Fird kena fikirkan apa yang terbaik untuk diri Fird...
Sangat memerlukan kehidupan asal Fird...







p/s:nak mula study, nak taip thesis....segala-galanya yang berkaian dengan master Fird,Fird nak segerakan...then boleh proceed dengan satu lagi tahap pembelajaran yang seterusnya...hopefully...nak sampai peringkat yang tertinggi...tunggu!!!aku akan menggapaimu...

August 9, 2009

Kuala Lumpur aku PULANG!!!


sangat happy...

pulang dengan bahagia...

Kuala Lumpur tunggu!!!!





p/s:tak de sape pun tunggu kat K.L tue,,gedikss...tapi memang tengah hepi sangat!!!