July 22, 2010

salam semua.....kembali beraksi

hye semua...
hari ni fird nak kembali beraksi di pentas penulisan blog ni....jemari gebu ni dah gatai nak menulis...banyak benda yang fird nak ceritakan....banyak perkara yang berlaku...dan hampir berbulan-bulan lamanya blog ini sepi walaupun ramai pengunjung jua....

bukan merajuk, tapi fird sekarang ada banyak komitmen...tapi InsyaAllah mulai detik ini. blog ini akan berfungsi dengan jayanya....heheheh

salam sayang,
fird...

February 17, 2010

Pemenang Pertandingan Foto Cinta Suci

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH....
berikan alamat anda ke


firdhaikal@gmail.com
scienshopalistic@gmail.com
012-9435369


hantar alamat cepat2...nanti boleh hantar esok...saya nak hantar segera sebelum saya berangkat pergi dari bumi terchinta...hahahah


tempat pertama: FATIN 
(27% hakim + 5% juri awam:32%)

tempat kedua: PJA si MERAHjamboo 
(27% hakim + 3% juri awam:30%)

tempat ketiga: SYASYA 
(19% hakim + 8% juri awam:27%)

p/s:sori terlewat sangat-sangat...
fird sangat busy untuk menghabiskan master fird...
sori yer...dah beli hadiah lama dari tahun lepas tapi tak sempat nak kira markah...tambahan pulak fird dah pindah umah baru,jadi tak de INTERNETkan...jadi markah yang dah kira sebelum ni dah terhilang....jadi sekarang dah free dan dah boleh berblog kembali...

January 7, 2010

CINTAHAMPA

lama tidak menulis, dan rindu pula untuk menaip kisah cintaku sepanjang 2009. mesti korunk nak taukan. ye lah aku anjurkan pertandingan cintan cintun tapi aku sendiri tak de kekasih...hahahah...sedih je...sebenarnya azam utama aku untuk 2009 adalah pencarian untuk mendapatkan cinta?itulah tujuanku sepanjang 2009.jadi aku nak kongsila sikit cite tentang cinta aku,bukan untuk menagih simpati tapi saja mahu berkongsi.


namun dapatkah aku?mampukah aku?jawapannya TIDAK...aku gagal dalam bercinta!hingga 31/12/2009 aku masih gagal dalam bercinta. kesah cinta aku untuk tahun 2009 banyak liku dan cabarannya. ENAM kali percubaan cinta,tapi semuanya hampa!!aku tak tahu mana silapnya perhubungan aku. aku sahaja yang cinta tapi mereka tidak menerima cintaku. atau sebaliknya berlaku. mungkin aku belum cukup sempurna untuk didekati oleh seorang yang dinamakan insan. Adakah aku tak cukup sifat untuk memiliki cinta?cukup sukar dan susah untuk aku didekati.aku sendiri tak mengerti mengapa cinta ini dusta semata buatku. adakah ini hukumannya bila dulu aku suka permainkan hati cinta mereka. aku sendiri kurang pasti.


kesah percintaan pertama:
aku mengenalinya dari alam maya awal bulan 5 dan dia membuatkan aku kenal dunia. dan membuatkan aku lebih dewasa. sebabnya dia banyak menyusahkan aku.sehingga kini pedihnya masih terasa. banyak jugak aku korban untuk dia.tak payahla cite korban apakan tapi aku tahu dia hanya mahu mempergunakan aku sahaja.keji si durjana itu.dengan dia jugalah aku hilang sesuatu yang berharga.tapi aku cintakan dia walaupun dia tak boleh terima cinta aku kerana faktor usia katanya.lima bulan kami bermesra, tapi berakhir dengan sengketa. namun,aku rasa tak perlu aku kesali apa yang terjadi.jadikan ia pengajaran hidup!a


kesah percintaan kedua:
cinta kedua aku kenali melalui alam maya jugak. motip cinta alam maya lagikan!kali pertama berjumpa, aku suka!ketika ini aku masih lagi berkasih sayang dengan cinta pertama 2009, tapi waktu ni dia asyik buat palat dengan aku.so, aku berkawan dengan cinta kedua aku setelah putus kasih dengan yang pertama.dengan dia,aku cub mengenali dia sedalamnya dan merapati rakan2 baiknya.aku cuba masuk dunia dia.tapi ternyata cintaku tidak berbalas dan mungkin juga dunia kami berbeza.mungkin takdirnya kami hanya boleh menjadi rakan yang baik dan sekadar "teman tapi mesra"...


kesah percintaan ketiga dan keempat:
aku mengenali dua orang dalam satu masa. seorang kekasih orang dan seorang lagi baru putus cinta. kedua-duanya aku kenali luar dari alam maya dan aku suka kedua-duanya.gila tamak akukan.si A kenal si B, si B kenal si A!tapi untuk kebaikan kedua-duanya aku sendiri melepaskan.sebabnya aku tak mahu menyeksa hati aku untuk memilih.aku takut aku serba salah dan menyesal dikemudian hari.


kesah percintaan kelima:
kali masih lagi episod cinta alam maya disambungkan kembali...hahahha..dia di johor aku di kuala lumpur...dalam tempoh terdekat kami kenal, kami terus kapel.kali ni aku tidak beri masa untuk mengenali, so nie kes main sambar je.tapi inilah akibatnya kalo main sambar je kan. akhirnya hati aku sendiri yang berubah. percintaan kami sebulan setengah sahaja.kali ni aku meninggalkan lagi kerana aku rasa banyak halangan untuk cinta kami.ramai dengki dan ramai pulak yang iri hati.demi kebaikan dia dan aku, kami berpisah.


kesah percintaan keenam:
yang ni mungkin panjang ceritanya sebabnya baru berlaku kowt!hahah!dia sangat menarik!aku suka!suka sangat!dia diperkenalkan oleh kawanku.dengan dia konsepnya aku terjun "dua-dua kaki".mulanya aku nampak dia juga bersungguh mahu mendekati aku dan ada harapan disetiap pertemuan kami.hampir setiap masa kami berjumpa dan aku mula sayang.tapi aku tahu dia masih mencari.sana sini!itu yang pasti!deria keenam aku mula merasakan ada yang tak kena berlaku.setiap gerak gerinya aku tahu.teman yang tikam belakang aku untuk dapatkan dia pon aku tahu(kes ni korunk takkan paham kowt,hahah!xpe!),skandal dia pown aku tahu!teman tapi mesra dia pown aku tahu!tapi mungkin ya benar,aku bukan kekasihnya, jadi dia boleh buat apapun tapi mengapa dengan aku, dia seolah2 memberikan aku harapan.tapi simptom2 awal cukup kuat membuktikan membuktikan dia cintakan aku.tapi dia mahukan aku sebagai peneman bukan cinta!sekadar menjadi teman sehingga dia jumpa yang dia pasti orang itu dia suka dan cinta.dan akhirnya datang seorang yang dia suka.maka aku ditinggalkan tanpa sebarang bicara.maka,aku pown pergi dengan penuh luka.silapnya aku mencintai dia, silapnya aku memuja dia, silapnya aku!silapnya aku!silapnya aku!apa kurangnya aku, aku sendiri tak pasti.maka berakhirlah episod cinta aku untuk 2009.


azam 2009 aku sebenarnya GILA!untuk 2010 aku tiada azam untuk bercinta. kalau ada,adalah!kalo tiada, tidak mengapa...:(



January 4, 2010

~tempoh undian dipendekkan~

salam, 
kepada semua peserta dan blogger2...
tempoh undian dipendekkan sehingga 11.59malam...
7 Januari 2010...


maka undi dengan segera yerr...
cepat2 undi...
jgn risau sebab ada undian dari pihak juri...
undi cepat...
sumbangan undian daripada bloggers juga diambil kira.