October 24, 2009

~SEHATI BERDANSA~



Sehati Berdansa kembali lagi untuk musim ke-3....
Fird tidak pernah terlepas peluang menonton Sehati Berdansa 1, 2 dan yang 3 ni pasti akan ditonton juga....
Musim pertama dan kedua, Juara nya telah pown Fird jangkakan dari awal musim berikut berlangsung...
Pasangan
Kali ini Fird merasakan banyak kelainan yang ditonjolkan dalam Sehati Berdansa musim ini....

Pertamanya, Linda Onn tiada!!!Fird suka dia tiada sebab di gantikan dengan Scha (SUKA GILER), dari dulu Fird kurang menggemari Linda. Memang Linda tak da wat salahpun ngan Fird. Tapi memang kurang minat. Bila digandingkan Fahrin Ahmad ngan Scha, Fird jadi suka. Sebabnya Fird memang minat pelakon Awan Dania nie, hope Scha tak menghampakan. go girl...

Kedua, Ahmad Kassan yang mengelip mengelap tidak lagi bersama Sehati Berdansa dan di gantikan dengan cik FARAH...siapa FARAH nie pun Fird tidak pasti...ding dong je bile tengok dia....pastinya Ahmad Kassan masih ekat di hati...

Ketiga, lagu tema Sehati Berdansa macam sudah dinyanyikan oleh orang lain. Bila dengar macam suara Hafiz AF7...rasanyalah. Tapi lagu lama lagi best kowt.

Keempat, kali nie ada sembilan kumpulan peserta. Dan pesertanya kali ini pelbagai ragam ada yang kaki lawak, cantik sangat, pramugari, pemain hoki, badan besar dan macam tak sesuwai je masukkan....

Ada 3 pasangan yang Fird rasa dekat je kat hatikan. pilihan pertama Fird adalah pasangan pengacara Nazril dan Sazzy falak dengan koreografernya PAPA J. Fird suka ok Sazzy dari dulu sebab dia chanteq.

Pilihan kedua Fird Sein dan Nana, pasangan ni nampak sama padan. cumanya dalam diari sehati berdansa, Sein dapat 2 bintang je sebab tak all out. hampa sikitla tapi nak buat camne kan dia pun sakit kaki. tak sabar nak tengok diaorang beraksi.

Pasangan ketiga yang Fird suka Ash dan Dira sebab Ash pown chumel, Dira pown pandai menari. lagipun selalu berfacebook ngan DIRA...so memang suka lakonan dia dan anak diaorang yang chumel itew..
Pasangan lain yang turut bagi saingan adalah Isma dan Zul. tak nak komen. tak suka tapi diaorang macam boleh bagi saingan.

Pasangan kelima Oshin dan suaminya Firdaus. suka Firdaus tu je sebab nama sama. *wink*.
Pasangan Didie dan suami kiut gak. Dia nie memang minah lawak gak. Dia macam boleh menari tapi suami macam tak pulak.

Enot dan suami pon masuk taw. tak sabar nak tengok dia beraksi. Boleh ke?kita nantikan malam nanti k.

Mirnawan pemain hoki dan isterinya pramugari tue pon masuk taw. kita tengok dia bawak kayu hoki tak kat pentas tari nanti. hahahahahah....

pasangan terakhir Anita dan Ismadi. pasangan yang Fird tak dekat pada hati gitu kan....gud luck je larh....

Hope diaorang nie takla terkinja-kinja menari sebab nak nama je atau nak glamor ke. tapi sebaliknya mereka berusahala untuk membantu badan kebajikan yang mereka wakili. kalo diaorang cemerlang, insyaAllah diaorang kekal dan boleh menyumbang dengan lebih banyak untuk tabung kebajikan mereka.

p/s:So, apalagi jom kita tengok sehati berdansa jam 9 malam hri sabtu ni k....SOKONG SAZZY, SEIN dan DIRA......huhuhuhu.....

October 21, 2009

keMALASan pada DIA...

FIRD rasakan minggu lepas adalah minggu yang paling tidak menyenangkan...
sebabnya FIRD kelihatan seperti budak baik yang berkelakuan NAKAL...
heheheheh...verasankan..
haha...
entahla...sikap nie harus dijauhkan...
dan FIRD rasa perlu mensucikan BLOG ini dari nama dia....
dah malas nak kaitkan diri ini dengan DIA

FIRD dah malas nak kawan dengan DIA...
FIRD dah malas nak gaduh ngan DIA...
FIRD dah malas nak layan perangai DIA...
FIRD dah malas nak ambik tahu pasal DIA...
FIRD dah malas nak kaitkan diri FIRD dengan DIA...
apa-apa pasal DIA....
FIRD dah MALAS nak ambik PUSING...

FIRD rasa dia memang terasa kowt dengan FIRD
memang harus kau TERASA...
so, SORIla kalo TERASA...
tak SENGAJA nak mengata...
TER jerr,,,,
tapi FIRD puas hati gak...

hey FIRD kata nak sucikan BLOG...dah jangan CARUT lagi...

makanya buatlah kerja kamu yer
semoga kamu terus BAHAGIA
dalam kerjaya, keluarga dan perhubungan sesama insan
WALAUPUN sebenarnya TIDAK kan...carut lagi....
heheheh

p/s:kamu TAHU siapa kamu....