July 5, 2009

adikku Jimmy akhirnya di UiTM Dungun


Ucapan tahniah buat adikku JIMMY

Kali ini entry nie khas buat adik kandung Fird yang bernama

MOHD NAJMI SYAQIR BIN ARHAM @K@ Jimmy

kerana telah menyambungkan pengajiannya di Uitm Dungun dalam jurusan Pra Perdagangan. Menangis jugakla mamat stylo nie sebab kena berjauhan dengan mama dan abah Fird. Nie baru pertama kali adik berhijrah jauh dari ketiak mama dan abah…oppsss….

Jimmy sebenarnya dapat banyak jugak tawaran berbanding Fird selepas SPM dulu…selain UITM, Jimmy dapat Politeknik Port Dickson untuk diploma bidang seni bina dan UTM dalam bidang apa entah…minggu lepas mama suh Fird balik umah untuk pujuk adik masuk Uitm. Jimmy selalunya akan dengar cakap Fird. Jadi Fird cadangkan Jimmy masuk 2minggu je sana. Tapi akhirnya Jimmy hars selesaikan pengajiannya di sana atas kehendak ramai. Fird sebenarnya tak nak Jimmy jadi macam Fird…..Fird tak suka bidang nie, Fird dapat buat undang-undang di Jordan. Tapi tiada siapa yang beri Fird meneruskan cita-cita. Akhirnya Fird dalam bidang “Biologi” juga akhirnya….

Sebenarnya Jimmy tak nak ke UITM. Antara sebabnya, UITM Dungun tue jauh. Tapi itu bukanlah sebab utama. Sebab utamanya Perdagangan bukanlah kos yang Jimmy suka, malahan Jimmy dapat jurusan ini pun atas kesungguhan uncle kami yang memasukkan namanya dengan guna “orang dalam”. Perkara itulah yang menyebabkan Jimmy kurang selesa. Malah mama seperti serba salah pada uncle kami yang dah bantu Jimmy untuk dapat masuk UITM. Sedangkan Jimmy nak sangat ambil jurusan Seni Bina. Katanya ingin menjadi seorang arkitek. Tetapi tersepit dek kehendak mama, angah, abah dan uncle kami, Jimmy terpaksa turutkan…..tadipun Jimmy kol dalam nada suara yang agak sedeyhh…walaupun dia keras orangnya tapi lembut juga hatinya……

Semalam mama bagi mesej tiga mukasurat!!mama suruh Fird jangan hasut adik untuk tidak meneruskan pengajiannya. Mama juga nak fird bagi semangat kat adik. Sebab mama tahu adik tak nak masuk UITM sebab Fird yang tak kasi. Bukannya fird tak suka UITM, tapi Fird nak adik buat apa yang dia minati. Angah seperti tak sokong apa yang Fird cakapkan pada adik. Semuanya, seolah-olah nak menjaga hati orang lain yang dah bantu Jimmy masuk UITM. Fird tak kesah, tapi Fird kesian kat Jimmy!!!Tadi pun Fird cakap elok-elok ngan Jimmy. Bagi kata semangat seperti mana yang mama minta. Fird cakap mungkin ada hikmahnya kita mengikut kata orang tua kita. Berkorbanlah untuk masa depan kita, moga ada peluang yang cerah untuk kita….itulah Fird sampaikan pada Jimmy. Fird tahu, fird berjaya sampai master ni pun atas laluan yang diaturkan dan atas kehendak mama dan abah. Alhamdulillah, Fird Berjaya. Tapi Fird berjaya pada apa yang Fird tak minat. Apapun fird tetap bersyukur sebab kini Fird ada degree dan akan ada master pulak lepas ni. Mungkin ini hikmahnya!!!Fird harap begitu juga dengan Jimmy.

p/s: adik Jimmy, selamat menempuhi alam pengajian di universiti..chaiyok2...jangan menyerah…teruskan pengajian, buat yang terbaik untuk diri adik bukan untuk orang lain….tahniah…Fifi doakan adik Berjaya di sana.


No comments: