July 5, 2009

DAP keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah....

Cuba tengok gambar atas ni, layanan adil kepada semua kaum. tapi kesian wakil DAP di Keah dketepikan peranannya.

Kemelut di Kedah….

Kemelut politik di Kedah semakin meruncing. Sebelum ini kita dipanaskan dengan kekecohan peralihan kuasa kepada pucuk pimpinan barisan Nasional di Perak selepas 3 wakil rakyat PKR isytihar keluar dari Pakatan Rakyat. Adakah peralihan kuasa akan juga berlaku di Kedah???Atau adakah akan ada isu yang melibatkan lagi kuasa tertinggi kepimpinan???Apakah ini yang digelar pakatan rakyat sedangkan tidak wujud kesepakatan???Apakah ini kepimpinan yang dipilih oleh rakyat pada pilihanraya yang lepas???sedih Fird melihatkannya!!!!

Maka Fird terpanggil untuk memberi sedikit ulasan mengenai isu ni selepas Fird menonton berita perdana tv1 pada hari Jumaat yang lepas. Fird bukanlah arif mengenai politik tetapi ingin berkongsi pendapat seorang anak muda yang menyokong penuh kepimpinan dahulu, kini dan selamanya!!!!

Fird sebenarnya tertarik dengan isu dimana keputusan DAP Kedah yang ingin keluar daripada Pakatan Rakyat negeri itu . Salah satu puncanya adalah apabila kerajan Pas merobohkan pusat penyembelihan babi di Kedah. Malahan mereka kecewa apabila parti berteraskan Islam itu mengenepikan peranan mereka dalam pentadbiran kerajaan negeri. Dengar kata-kata orang, wakil rakyat PKR pun tidak setuju dengan crak kepimpinan PAS.

Tetapi apabila kita amati kembali peristiwa ini, Fird teringat pula dengan cita-cita Anwar Ibahim untuk mentadbir Malaysia. Dahulu beliau bangga bahawa aka nada wakil rakyat Barisan Nasional yang akan keluar parti. Namun, sehingga kini tiada seorang pun wakil rakyat dari kerajaan sekarang yang lompat parti. Sedangkan parti beliau sendiri tidak setia denga n kepimpinannya. Kini, isu nya berbeza. Namun ia melibatkan pengumuman keluar dari Pakatan Rakyat Negeri itu. Maka, apakah Anwar Ibrahim berjaya untuk mentadbir Malaysia dengan jayanya. Fird rasa tidak mungkin sama sekali.

Fird yakin dan percaya, bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus unggul dalam kepimpinannya. Selepas merdeka dan sehingga kini mereka berjaya membentuk dan mencorakkan kepimpinan Malaysia kearah kemajuan dari sudut sosia, ekonomi, politik dan sebagainya. Jadi Fird rasa kita sebagai rakyat harus menilai baik dan buruk, kaca dan permata, putih dan hitam, bersih dan kotor, dan sebagainya. Namun begitu, Fird tahu masih ada kelemaha dan kekurangan yang terdapat dalam Barisan Nasional. Oleh itu, gagasan “Satu Malaysia” adalah satu langkah tepat untuk menggabungkan rakyat Malaysia untuk bersatu menjamin keamanan, kemajuan dankemasyhuran Malaysia untuk terus unggul di persada antarabangsa.

p/s:Kita amati dengan teliti adakah Pakatan Rakyat yang penuh dengan cita-cita menjadi pucuk pimpinan Negara sedangkan tindakannya sehingga kini belum jelas akan menjadi pilihan kita untuk menerajui Negara???sama-samalah kita fikirkan.

Kata-kata: kuman seberang laut kita Nampak, gajah depan mata kita buat tak tahu je???


No comments: