September 25, 2009

~Salam Aidil Fitri~

Salam Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
Di kesempatan ini, Fird nak mengucapkan Salam Aidil Fitri buat keluarga tercinta, teman-teman yang disayangi serta semua kenalan yang mengenali diri ini.
Fird memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan yang Fird telah lakukan.
Maaf juga kerana lambat mengucapkan salam lebaran buat kalian disebabkan laptop "BLACKIE" fird baru sahaja dibaik pulih. Seronok kerana BLACKIE dah sehat.

Tahun ini, Fird beraya di Melaka seperti biasa. Keseronokannya kurang dirasai, mungkin kerana sudah dewasa. Namun, kegembiraan tetap ada pada setiap ruang bila berjumpa dengan sanak saudara. Gosip, Umpatan dan Gelak Tawa mengisi program kami di hari raya. Kalo cerita pasal makanan, naik kembong perut kami semua, ada saja juadah raya yang terhidang. Rasa kepenuhan teramat sangat. Apa yang penting, tahun ni fird masih menerima duit raya, gembira tak terhingga. Ingat bila dah tua kuranglah dapat atau tak dapat langsung tapi lagi banyak pulak. Yang penting tunjuk KAD MATRIK, makanya dapatlah duit raya.

Apapun, syukur ALHAMDULILLAH kerana Fird masih lagi boleh beraya dengan keadaan yang serba sempurna.

Selamat Hari Raya ye...

jangan lupa Puasa Enam...

~Keluarga Aminah Nur~

3 comments:

iyllienaz said...

selamat hari raya!!duet raya??

Cik Wanie said...

Selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir & batin...

hik hik hik:)

Ahmad Firdaus Haikal Arham said...

selamat hari raya cik wanie dan illieynaz...