September 14, 2009

~Kaulah DEWA-DEWI paling HEBAT~

Alkisahnya,
Fird tak faham dengan segelintir umat manusia yang perasan dirinya terlalu HEBAT...
Merasakan diri terlalu DIVA sehingga perlu disembah bak RATU...
Berlagak BOS sedangkan hanya manusia biasa...
Menghanjingkan teman untuk kepentingan PERIBADI...
Suka meLONGKANGkan orang lain disebabkan HIDUNGnya yang tinggi hingga ke langit...
Suka pakai sampai LUNYAI, kemudian BUANG!!!
Suka mengatakan orang lain seperti TYPICAL MALAY...
sedangkan diri sendiri sama sahaja...


Mereka mesti tak tahu orang lain sedang mentertawakan mereka
Disebabkan keBODOHan dan kePOYOan dirinya sendiri...
Kerana kelihatan sebagai pencacai dalam sebuah DRAMA yang dia mainkan....
DRAMA yang mengangkat EGOnya yang tidak bermaruah...
Tak sedar diri dan kena angkat BAKUL sendiri...
Perasan dirinya diperhatikan...
Sedangkan pandangan orang terhadapnya adalah HINA belaka...


sampai bila nak sedar?
sampai bila nak berubah?
sampai bila nak menhanjingkan orang?
sampai bila???



Bulan Ramadhan yang mulia ini, harap kita dan mereka berubah ke arah yang lebih baik...


p/s:Fird bukan baik sangat, tapi perkara yang Fird sampaikan ni juga adalah pengajaran buat Fird. Kita berubahlah untuk kebaikan diri kita.

4 comments:

ista said...

susunan ayat yg bagus dan mampu memberi kesan yg berakar umbi~

SHAHIRAH KHAIRUDIN said...

menusuk ke kalbu, merentap tangkai hati..(ayat sastera dr shira)

well..Allah maha kreatif. mcm2 jenis manusia dicipta. semua tu untuk menguji kita umat manusia.

Allah tu maha adil. wut u gives, u get back..betol tak..

p/s: everything goings on pretty well last nyte. *ghee*

Tunjuk Bintang said...

kepada siapa kamu tujukan ketidakpuashatian kamu ini? semoga mereka2 tidak mengHANJINGkan kamu seperti mereka2 yang laksana diTONGSAMPAHkan. kerana keBODOHan mereka itu akan menjadikan diri mereka jatuh satu hari nanti seHINA2 bangkai x bertulang seperti lembutnya lidah mereka menCERCA...

azli said...

Salam Ramadan dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

Salam lembaran Aidil fitri Maaf zahir Batin sesungguhnya aku ade buat salah terkasar bahasa harap di ampun... salam kenalan…….

Lemang lontong ketupat laksa,
kuih semprit kuih koya,
Sebulan sudah lama berpuasa,
Tiba masa untuk merayakannya,

"Ramailah orang memasang pelita,
berbaju melayu cantik ceria,
Salam dihulur kemaafan dipinta,
Menyambut aidilfitri hari mulia"

Maaf kerana lama tak berkunjung dib log korang kerana aku kesibukan disaat kerja-kerja-akhir di bengkel.. sorry.. aku tetap mengingati kalian semua.. my friends.. sincere azli…

ayat ko aku pening nak baca tapi agak paham lah.. ayat kreatif ko bersastera berpujangga