August 13, 2009

Kejayaan vs Kegagalan


Orang pelik melihat cara hidupku. Hari-hari hidupku bertambah bosan dengan hanya bergelumang dengan radas, bikar, bahan kimia dan bahan yang menghakis dan terhakis. Seharian sisa masaku, aku habiskan di dalam makmal yang menjadi sebahagian dari kotak kehidupanku.

Mamaku sering bertanya, namun setiap jawapan tidak akan ada yang difahami. Aku terang satu persatu, tetap sukar untuk dijelaskan. Aku hanya biarkan menjadi tanda soal. Apa yang kupinta hanyalah restu orang tuaku.


Aku hanyalah seorang anak muda yang terjebak dalam dunia yang penuh cabaran. Itulah dunia seorang SAINTIS yang berkait dengan pelbagai kegagalan dalam eksperimen yang dijalankan. aku gembira bila keputusannya membanggakan. namun bila gagal itu tiba, aku cuba untuk tidak bersedih. Mencuba dan terus mencuba. Walau jauh di sudut hati, aku benci semua ini berlaku. Pilu rasa jiwaku ini.

Kini aku tahu, aku perlu teruskan walau ak tak suka. Sebab ini pilihan aku sendiri. Kalau gagal aku wajib bangun. Kalau berjaya aku terus kena bersyukur buat yang maha ESA...Maka aku sendiri perlu tentukan.

6 comments:

Faizal Sulaiman said...

teruskan usaha fird!
kena wujudkan passion dlm apa je yg fird buat okay!

teruterubuzu said...

yaa..
betui2..
kalau jalan yang kint pilih..
laluinya dengan tenang..
fird pasti boleh buat..
chaiyok..

(nak cepat ni nak p kursus..daa...)

EdwarD FirdauS HaikaL said...

thnx indera, thnx teruterubuzu...kursus erkk??gud luck k...

FFButhaks said...

gud luck...

EdwarD FirdauS HaikaL said...

thnx ferdausferdy...hope cepat sehat k...

jai@jezz said...

ishk.. study sains kew.. huuyyooo.. abg aku dulu pon citer2x nak jd ahli saintis.. but now jd paramedic..