January 7, 2010

CINTAHAMPA

lama tidak menulis, dan rindu pula untuk menaip kisah cintaku sepanjang 2009. mesti korunk nak taukan. ye lah aku anjurkan pertandingan cintan cintun tapi aku sendiri tak de kekasih...hahahah...sedih je...sebenarnya azam utama aku untuk 2009 adalah pencarian untuk mendapatkan cinta?itulah tujuanku sepanjang 2009.jadi aku nak kongsila sikit cite tentang cinta aku,bukan untuk menagih simpati tapi saja mahu berkongsi.


namun dapatkah aku?mampukah aku?jawapannya TIDAK...aku gagal dalam bercinta!hingga 31/12/2009 aku masih gagal dalam bercinta. kesah cinta aku untuk tahun 2009 banyak liku dan cabarannya. ENAM kali percubaan cinta,tapi semuanya hampa!!aku tak tahu mana silapnya perhubungan aku. aku sahaja yang cinta tapi mereka tidak menerima cintaku. atau sebaliknya berlaku. mungkin aku belum cukup sempurna untuk didekati oleh seorang yang dinamakan insan. Adakah aku tak cukup sifat untuk memiliki cinta?cukup sukar dan susah untuk aku didekati.aku sendiri tak mengerti mengapa cinta ini dusta semata buatku. adakah ini hukumannya bila dulu aku suka permainkan hati cinta mereka. aku sendiri kurang pasti.


kesah percintaan pertama:
aku mengenalinya dari alam maya awal bulan 5 dan dia membuatkan aku kenal dunia. dan membuatkan aku lebih dewasa. sebabnya dia banyak menyusahkan aku.sehingga kini pedihnya masih terasa. banyak jugak aku korban untuk dia.tak payahla cite korban apakan tapi aku tahu dia hanya mahu mempergunakan aku sahaja.keji si durjana itu.dengan dia jugalah aku hilang sesuatu yang berharga.tapi aku cintakan dia walaupun dia tak boleh terima cinta aku kerana faktor usia katanya.lima bulan kami bermesra, tapi berakhir dengan sengketa. namun,aku rasa tak perlu aku kesali apa yang terjadi.jadikan ia pengajaran hidup!a


kesah percintaan kedua:
cinta kedua aku kenali melalui alam maya jugak. motip cinta alam maya lagikan!kali pertama berjumpa, aku suka!ketika ini aku masih lagi berkasih sayang dengan cinta pertama 2009, tapi waktu ni dia asyik buat palat dengan aku.so, aku berkawan dengan cinta kedua aku setelah putus kasih dengan yang pertama.dengan dia,aku cub mengenali dia sedalamnya dan merapati rakan2 baiknya.aku cuba masuk dunia dia.tapi ternyata cintaku tidak berbalas dan mungkin juga dunia kami berbeza.mungkin takdirnya kami hanya boleh menjadi rakan yang baik dan sekadar "teman tapi mesra"...


kesah percintaan ketiga dan keempat:
aku mengenali dua orang dalam satu masa. seorang kekasih orang dan seorang lagi baru putus cinta. kedua-duanya aku kenali luar dari alam maya dan aku suka kedua-duanya.gila tamak akukan.si A kenal si B, si B kenal si A!tapi untuk kebaikan kedua-duanya aku sendiri melepaskan.sebabnya aku tak mahu menyeksa hati aku untuk memilih.aku takut aku serba salah dan menyesal dikemudian hari.


kesah percintaan kelima:
kali masih lagi episod cinta alam maya disambungkan kembali...hahahha..dia di johor aku di kuala lumpur...dalam tempoh terdekat kami kenal, kami terus kapel.kali ni aku tidak beri masa untuk mengenali, so nie kes main sambar je.tapi inilah akibatnya kalo main sambar je kan. akhirnya hati aku sendiri yang berubah. percintaan kami sebulan setengah sahaja.kali ni aku meninggalkan lagi kerana aku rasa banyak halangan untuk cinta kami.ramai dengki dan ramai pulak yang iri hati.demi kebaikan dia dan aku, kami berpisah.


kesah percintaan keenam:
yang ni mungkin panjang ceritanya sebabnya baru berlaku kowt!hahah!dia sangat menarik!aku suka!suka sangat!dia diperkenalkan oleh kawanku.dengan dia konsepnya aku terjun "dua-dua kaki".mulanya aku nampak dia juga bersungguh mahu mendekati aku dan ada harapan disetiap pertemuan kami.hampir setiap masa kami berjumpa dan aku mula sayang.tapi aku tahu dia masih mencari.sana sini!itu yang pasti!deria keenam aku mula merasakan ada yang tak kena berlaku.setiap gerak gerinya aku tahu.teman yang tikam belakang aku untuk dapatkan dia pon aku tahu(kes ni korunk takkan paham kowt,hahah!xpe!),skandal dia pown aku tahu!teman tapi mesra dia pown aku tahu!tapi mungkin ya benar,aku bukan kekasihnya, jadi dia boleh buat apapun tapi mengapa dengan aku, dia seolah2 memberikan aku harapan.tapi simptom2 awal cukup kuat membuktikan membuktikan dia cintakan aku.tapi dia mahukan aku sebagai peneman bukan cinta!sekadar menjadi teman sehingga dia jumpa yang dia pasti orang itu dia suka dan cinta.dan akhirnya datang seorang yang dia suka.maka aku ditinggalkan tanpa sebarang bicara.maka,aku pown pergi dengan penuh luka.silapnya aku mencintai dia, silapnya aku memuja dia, silapnya aku!silapnya aku!silapnya aku!apa kurangnya aku, aku sendiri tak pasti.maka berakhirlah episod cinta aku untuk 2009.


azam 2009 aku sebenarnya GILA!untuk 2010 aku tiada azam untuk bercinta. kalau ada,adalah!kalo tiada, tidak mengapa...:(



22 comments:

wan khairy said...

Terasa cam ada saya je dlm cerita cinta 2009 anda tu. Adakah? benar kan.. hurmmmmmmmmm. Byk yg kamu tak ketahui dr apa yg kamu nampak. Tp sgt terkejut, banyernyer cinta dia!! wawawawawawa... ish3......

Cinta kamu pasti hadir di 2010. Cyg dia.

FirdHaikaL CHinta ilLahi said...

hahahaah...ada ke???jeng jeng jeng...banyakkan!!!hahahah

hope dia datang tanpa paksa,
hope dia datang sepenuh jiwa,
hope dia kekal untuk selamanya...

shahdiana said...

pedih sungguh percintaan cenggitu kan..takpe muga2 taon ini akan membawa berita yang mengembirakan dan membahagiakan...adik akak pun lagi sebulan nak kenduri kawen putus tunang..kesian dia..taon 2009 yang perit tuk dia...

sabar ye......:D

Ini Blog AnakPakWahab said...

percayalah bahawa setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...

sebelum ini,saya juga mempunyai 6 kisah cinta...

skrg ini bercinta dgn bf saya yg merupakan kisah cinta saya yg ke-7...

bagi saya,setiap kisah cinta saya akan lebih baik drp sebelumnya walaupun hanya sedikit saja...

kadangkala Allah akan menguji seseorang itu sebelum dia betul2 menjumpai si dia pujaan hati...

dgn pengalaman pahit yg lepas,kita akan lebih memperbaiki diri @ kelemahan diri kita & akan lebih menghargai pasangan kita itu nanti...

saya doakan moga satu hari nanti fird akan jumpa wanita yg akan menjadi peneman sepanjang hayat di kala susah & senang... amin!

fatin said...

dulu masa mula2 break nan ex bf.
fatin rs xnk bercinta dh.rs serik dn mls.rs bengang dan sakit ati.


8 bulan lps tuh fatin couple nan bf fatin skunk.kami kenal lam ms je.


tyme 8 bulan tuh penah gak ade taruh hati kt owg len tp di tolak. bila tak harap cinta bru lak dtg n alhmdulilah kami ok smpi skunk n hope selamanya.amin


sbr k.
jgn mengharap sgt.mungkin Allah nk bg haikal jodoh yang baik.
sbr n doa ;)
moga segala cita2 2010 tercapai k !
chaiyok2 !

.millalara. said...

boleh buat drama.. huu~

hmm.. jodoh kita semua dah ditetapkan kan.. biarlah kita bermain dgn masa.. i.Allah bahagia itu pasti ada :)

imz jentayu said...

azam yg menarik sekali..hehe..cayalah fird.xpela..itu tandanye blum ada jdoh lg...maybe 2010 bw tuah utk kamu dlm cinta cintun ni..all d best!!!

eykameow said...

:)

MuhD NoR AzyM said...

Wah..tak pernah dgr pun azam camtu..;p

Takpe2..muda lagi..hehe..sy dah cinta ke-2..and harap ni yang terakhir..amin..=)

hans said...

wah,bercinta sakan juga yer ekau fird

BeauTiFuLGirL said...

salam...fir..kite nk berkongsi sikit pasal jodoh ni. dalam hidup kita ada 3 perkara kita xkan pasti iaitu :-
1.Rezeki
2. Ajal maut
3. Jodoh pertemuan

Pasal jodoh pertemuan, fir kena usaha mencari yg lebih baik..usaha sahaja tidak cukup..mesti juga diiringi doa supaya kita dapat pasangan yg baik dan setia dgn kita hingga akhir hayat kita. kalau ada halangan sikit2 tu kalau blh atasi...atasi lah..sbb dalam perhubungan ni kita perlu bertolak ansur,saling memahami antara satu sama lain...nk dapatkan 100% dgn apa yg kita nak mustahil.terimalah pasangan kita seadanya dan ubahlah yg mana xbaik kepada yg lebih baik...lgpun fir lelaki..akan jadi ketua ketua keluarga.mesti kena ada sikap blh memimpin keluarga.

good luck! semoga fir dapat jodoh yg baik..insyaALLAH..jadikan masalah atau dugaan dalam hubungan sebagai latihan mental dan fizikal kita supaya lebih kuat!ok?

~@k1 is @utuMn!~ said...

ermm..
byk btl kesah cinta fir..
xpe.. ad nti.. tggu masa je 2~
neway kptsn?
hehe mst aki kalah kn? hmm..

Flo Alfera said...

Jangan sedih..saya kan ada ;P

nurqaseh said...

mak ai...manyak nye alkisah chenta nyer..hu3...xpe2,cinta ni ibarat kurap,makin digaru makin sedap..(^_^)v

Arief Arf said...

byk sungguh kisah lu bro.
boleh buat novel ke drama ke..
haha

p/s: weh aku dah balik! hahaha

Dak Wan said...

Kengkadang baik putus sekarang daripada bercerai berai esok kan? Tabah lah ye...








New Post | Cari Jodoh!

Ned Gumbilai Tumunda said...

kalau ada, adalah.. kalau tiada, ada aku kesah :p

ko tak keseorangan :)

s4m said...

sdihnye citer ko bro!
xpe la..cube lg..ble smpi mse, de la 2 some1 special utk ko 2..

nanalilboogie + ayusleepin' said...

huuuu~mmg sdey kan?cinte2 ni?pai jd tkot nk bcnta lg~ckupla 2x ~huuu tp bro nieh 6x~cayalah..bgos!hebat!thniah!huuuuuuuuuu~hope yg tbaik mnanti anda nnt~huuu*smbil mmujuk n mnshti dri sndri~*wink!huuuuuuuuuu

hans said...

eh,sorry kalau lari topik..
aku punya entry tersenarai antara 28 terbaik dekat blog www.denaihati.com

entry aku no 19 dan dia nak pilih 5 entry terbaik dari semua nih

so,aku mengharapkan jasa baik kamu semua untuk vote entry aku...

untuk makluman lebih lanjut sila click entry ini dan undilah entry no 19

suruh dan paksa member2 kamu vote entry no 19 juga tau

thanks

Anonymous said...

gud luck.!

Anonymous said...

Obviously gay story !