September 3, 2009

Seminggu yang Pelbagai:hepi:Xhepi:hepi!!!



Rasanya hampir seminggu Fird tidak meng”update” blog. Rasa malas yang teramat untuk meluahkan apa yang terbuku dalam badan yang hendak ditafsirkan melalui minda dan hati dan kemudiannya turun ke jari jemari untuk menaip.
Bagi fird dalam seminggu selepas puasa ke 7 sehinggalah puasa yang ke 14, pelbagai peristiwa, sejarah yang menjadi kenangan dalam kotak minda Fird.


Jumaat (28Ogos2009)
Fird masih dalam lab. Mendapat panggilan dari anak buah (RISSA) yang mengadu itu dan ini. Kadang kala kesian juga melihat keluarga ku sendiri bakal musnah disebabkan oleh pelbagai perkara. Tapi bagi Mama dan Abah ini semua adalah dugaan dari Allah untuk menguji kesabaran kami sekeluarga. Hari nie juga Mama buat kenduri kesyukuran, harap-harap keluarga Haji Arham selamat dunia akhirat. Tapi Fird tak sempat balik, Mama dan Abah pun mengejut sahaja buat majlis ini. Majlis ini pun hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja. Kata mereka semua berjalan lancar. Alhamdulillah.
Malam pula Fird ambil teman dari penang, Nadz. Mahu berpuasa dengan Fird dan Megat. Seperti biasa Fird tunggu di puduraya agak awal. Pusing punya pusing, rupanya bas lewat. Kesian kan istajib, jadi Fird patah balik ke Uni Malaya. Jam 11.30, Megat mahu jemput Nadz sekali. Jadi fird dan Megat menuju ke Puduraya. Jam 12 kami berjumpa dengan Nadz. Nadz bagi fird patung doodools(betul ke ejaan nie,huhu...beli untuk horoskop taurusnyerr). Thanz. Dalam perjalanan mood fird lain sangat. Fird banyak diam, membuatkan mereka tertanya-tanya. Bukan apa fird batuk, pening, tak sehat dan ditambah pulak dengan musibah yang menimpa-nimpa pada keluarga Fird. Membuatkan fird sangat sebal untuk hari itu. Malam tu tidak berakhir di situ, kami lepak di Pelita KLCC untuk tiga empat jam. Berkenalan pulak dengan kawan nadz ejay dan rakan-rakannya. Maka ini untuk bab pertama bagi entry ini.
Sabtu(29Ogos2009)
Sebelum keluar Fird sempat singgah kat makmal untuk habiskan kerja dulu. Huhu. Menyempat aja kan. Fird, Nadz dan Megat pergi ke pavilion. Nadz membeli Seluar di Tangs dan juga Philisophy. Kami nak tengok wayang tapi tak jadi sebab megat kerja kul 4 petang. Makanya kami pun setelah membeli belah kami pun pulang ke Uni Malaya. Petang, fird rancang makan di TUPAI-TUPAI dengan Nads dan juga Ista. Rm48 hengget seorang tapi makannya sangat tidak berbaloi. Maaflah pengurus TUPAI-TUPAI, saya hanya bercakap jujur. Ada pulak di tepi kiri dan kanan mengatakan “pembaziran makanan sebanyak 100g akan dikenakan bayaran rm10”. Makanya fird pun tidak membazirla. Haha. Ye ke Fird???
Pulang dari makan, fird pun tido dengan setido-tidonya. Lewat malam jam2 pagi, hairi jemput fird ngan Nadz kuar makan sahur. Sangat best dapat jumpa Hairi. Kami kawan baik tapi jarang untuk berjumpa. Yang penting kami berdua HAPPY. Balik Hepi bertukar sedih. Fird nangis!!!tapi macam buang masa je menangiskan...hahah...memang Fird Raja Tangis!!! Malam ni fird tak tido sampai ke pagi tau. Sangat letih dan pena.

Ahad (30Ogos2009)
Hari ni sekali lagi kami ke Pavillion. Mulanya fird mahu shoping tapi fird rasa macam tak perlu kot untuk memilikinya. Megat membeli seluar yang bagi fird agak cantik bila dipakai. Semalam nadz beli seluar yang sama. Nak juga ada yang sama. Tak bila difikirkan bukannya boleh banyak persamaan kan. Mesti bervariasi. Makanya saya tidak membeli. Tapi fird belikan nadz incik kakatak....
Pulang awal lagi, sebab megat nak kerja. Kami hantar megat ke tempat kerja. Dan petangnya kami terus ke Sunway Pyramid. Kami berdating berbuka puasa. Haha. Dating ke???gurau jerr...kami makan di Winter Warmers. Boleh tahan sedap juga. Fird makan nasi goreng ayam mangga dan air lavender ice blended. Sedap gakla. Then pakwe gi membeli belah baju melayu dan membeli baju melayu warna HIJAU. Sangat cantik kalo Fird pakai gak. Tapi fird tak leh beli sebab duit tak masyuk lagi..huhu.
Then, kami terus ambil Megat. Kemudian kami bersiap untuk ke majli wenkt kat hotal Zone dekat ngan klcc. Katanya majlis sambutan merdeka dan majlis beday kawan wenkt. Mulanya fird tak nak pegi. Tapi hormat ngan nadz yang merupakan tetamu fird, makannya Fird pegi jugak. Hepi beday to Hisyam erhh...entahla namanya...huhu..Ok la majlis, tapi Fird tak kenal sapa-sapa pun. Huhu. Sampai tertidur nyenyak kami disitu. Balik kami singgah KFC, then menuju ke Pelita KLCC untuk bersahur...tetap PELITA sebab ada abang ICHI!!!!

Isnin (31Ogos2009)
Megat nak beli kasut Philosophy, kami ingat ada di Sunway. Sampai Sunway Philosophy hanya ada di pavi, KLCC, Mid Valley. Then kami kuarla dri sunway, tapi sebelum tue bayar parking kete...kena 3hengget untuk 20minit....sebaliknya mesin tersebut telan lapan hengget. Fird melenting. Terus Moody. Muka pulak gatal-gatal nie sebab alergik. Adui banyak tul penyakit. Then diaorg ingat fird moody ngan diaorg...takpela...dalam kereta semuanya DIAM...Fird tanya nak kemana?semua tak nak jawab...makanya Fird pun memecut untuk tunjuk rasa protes. Sebelum tue lupa plak...kawan Megat, Khairi dan Arfie ikut sekali. Kata mereka fird memalukan kawan Megat sebab buat perangai. Sorilah. Macamnielah kalo orang tengah MOODY. Semua orang ada kesilapan kan. Kalo rasa sedikit perangai yang buruk nie takkan nak hukum orang tue jahat sampai bila-bila kan. Salah orang, silap orang Nampak. Kekurangan diri Nampak tak. Fird akui cepat melenting tapi fird sedar benda tue salahkan. So, SORRY!!!!Tapi satu jelah yang Fird pinta, dalam banyak2 jahat tue, tak de ke sikit BAIKnya....Sori incik MEGAT!!!setelah habis bershoping, kami sempat bergambar....Katanya tiada mood untuk bergambar????akhirnya bergambar jua.....banyak pose ok!!!di ulang banyak kowt...memang kami berdrama!!!!then beli baju kat philosophy sebab baju kemeja basah. Then baju kemeja hilang dlm toilet...tak sedih ok..hahahah...
kami pulang dan berbuka di RESTORAN AMJAL. Malam tue malam terakhir nadz, malam nie dia pulang ke Pulau Pinang. Makanya Fird pun menghantar dia ke Puduraya. Bila la lagi dapt bersua muka. Tak tahu la bila lagikan...

Selasa (1September2009)
Fird banyak kerja di Lab. Sangat penat. Balik lewat. Semua macam nak marah ngan Fird, jahat sangat ke aku ni!!!!dah kalo semua nak marah, suka hati....balik fird hanya berbuka dengan air coke peninggalan Nadz...minumla air tue untuk buka puasa. Sedihkan. Nasib Ista orderkan murtabak. Maka makanlah murtabak dan air coke untuk berbuka dan bersahur sekali la...huhuhu....
Hari selasa, hari paling tak best kot...

Rabu(2September2009)
Sangat seronok. kerja banyak. tapi Hepi sangat. Petang nie berbuka dengan YUN,MUNEE,ALOY dan ISTA. Sebelum kami bergerak ke One utama. Fird sempat jugak bawak KAMA, ADA dan NORA gi Bazaar. Diorang stay kat makmal untuk sambung kerja. Makanya Fird kan hero gadis2, jadi cik FIONA@ BIK NA(panggilan di lab) nie jugakla bawak diaorg gi bazaar.
Then, fird pun bergerak ngan junior2 dan ista ke O.U, kami makan di Food Court. Sangat seronok sebabnya cerita pasal perkara lampau...best sangat...then kami pun gi main bowling....mulanya fird jauh meninggalkan mereka. Balingan kesembilan, fird saja nak tunjuk hebat...alih2 satu je jatuh terus drop persembahan akhir tau....makanya fird dapat tempat kedua. Dan alloy@puterakatak daatla no. 1....memanglah, ko lelaki tulen ko ambikla no satu ko tue, katanya dialah yang gagah...ambik...harapan!!!yang manis!!!
Balik je kami terus singgah kat Pusat karaoke 14th....huhuhu...best best best...yang penting key larik bila nyanyi lagu raya...sangat sengau...hahahaha...lagu yang best fird nyanyi adalah lagu ciretera cinta dengan Yun...best best best...
Habis karaoke, kami pun gie pekena nasik lemak kat MAPLe...wah, bapak best...seronok....seronok....seronok....dah berbulan tak singgah tau...balik sangat kepenatan.

Khamis(3September2009)
Fird bangun lewat. Sangat lewat. Terus gerak ke makmal. Doctor ada. Then Fird pun terus capai baju lab dan buat kerja kat makmal tingkat3 Jabatan Kimia....penat wo...bekerja dengan mesin gila ini. Membuatkan aku juga gila...kat sinilah fird tulis entry nie sambil melayan kawan-kawan yang nak kawan ngn fird kat Fb nie...best...seronok....
Petang ni fird janji ngan Aizzat untuk berbuka dan bershoping tak sabar untuk berbuka dengannya dan bershopping dengannya. Yelah hari ISNIN fird kan sentap...sempat beli satu baju...lagipun kalo beli pun macam tak best..... tapi akhirnya di cancelkan sebab Aizzat ada keje lain. tapi yang bestnya plan ditukar, hairi ajak berbuka dengan Syafique di Chills O.U.....best sangat...Fird bawak Ista dan Zizie, memang lawak merea berdua nie...lawak je...kami terlalu banyk gurau senda sampai Fird terlupa kesedihan...huhuhu

Jumaat (4 September2009)
Belum lagi harinya tapi, Fird dah ditempah oleh abang Wan dan ISTA serta rakan-rakan untuk berbuka di Kenny Rogers ok....best best best...tak sabar tunggu esok....Korunk belanja kan...huhuhu...best best best....berapa banyak kali best dah....
Then malam pulak kuar ngan akim kot...nak kuar tengok movie ngan dia kat PAVI....jom layn movie sambil dating-dating...ahahkkzzz....jangan tak jadi...

4 comments:

wan khairy said...

meriah jugak ramadhan dia.. heheh.. sekali update, hambek pjg jugek ceritanya. wahhh pentingnya sampai jumaat sudah ditempah nie. bgus tul. kita punya mkn2 mggu depan k. x sbr nie ada org tue nk belanja.

Ahmad Firdaus Haikal Arham said...

hahahah...tapi jumaat cancel...banyak masalh yang berlaku...keta tayar pancit, kena langgar lri, musibah yang besar kat keluarga fir...aduyai...fenin fenin....ok boleh je...confirm k...fird set je....

iyllienaz said...

adei..machine telan duet smpai 8ringgit??hehe..mane x angin..

wénkt said...

wahh
teruja membaca
seminggu penuh aktiviti

tambah2 dgn megat & nadz
ehe